Kedai pisau Ganzo pindah ke tempat baru

kedai pisau Ganzo
Lokasi baru kedai pisau Ganzo terletak lebih kurang 300 meter sahaja dari tempat lama

 

Kedai pisau Ganzo milik Dannie telah berpindah ke tempat baru, tidak jauh dari lokasi lamanya di Ara Damansara. Selain pisau jenama Ganzo, kedai Radiant Den juga menjual barangan lain seperti lampu LED, bateri cas semula (rechargables) dan aksesori hiking. Dengan satu sudut ‘workshop’ baru di dalam kedai, Dannie kini dapat mendalami minat dan hobinya.

kedai pisau Ganzo
Radiant Den adalah pengedar sah pisau jenama Ganzo di Malaysia

 

Produk yang dijual di kedai pisau Ganzo Radiant Den berkualiti dan pada harga yang berpatutan. Kekemasan pembuatan barangan Ganzo hamper setanding dengan pisau berjenama seperti Spyderco dan Benchmade. Yang membuatkan harga Ganzo yang rendah mungkin disebabkan jenis besi yang digunakan dan kos pengilangan yang lebih rendah di China. Walaupun besi yang digunakan tidaklah seperti S30V atau SPM-S35VN, memadai bagi kegunaan harian dengan besi 440C yang memang sudah lama diguna bagi pembuatan pisau.

Kedai pisau Ganzo Malaysia
Banyak model pisau Ganzo dijual pada harga yang berpatutan.

 

Saya tertarik pada pisau Surivival Knife Ganzo yang terbaru. Ganzo Survival Knife bukan model baru tetapi ia telah melalui beberapa pembaharuan dengan ciri-ciri baru. Pisau ‘fixed blade’ ini sesuai untuk pengemar aktiviti lasak kerana ia dibuat dengan ciri yang dapat membantu dalam situasi ikhtiar hidup.

pisau survival Ganzo
Design lama (atas) berbanding yang terbaru

 

pisau surivival Ganzo di Malaysia
Design baru ada dua lubang pada leher pemegang untuk menyenangkan ikatan (contoh: membuat tombak)

 

pisau ikhtiar hidup
Sarung pisau survival Ganzo reka bentuk baru membolehkan pisau disarung di kedua dua belah (ambidextrous)

 

pisau survial ada pengasah besi
Batu asah di belakang pisau sangat praktikal

 

Radient Den bukanlah kedai pisau Ganzo semata-mata. Dannie sebenarnya pakar dalam perkar berkaitan lampu LED, bateri dan elektronik yang berkaitan. Dengan adanya workshop baru beliau, lebih ramai pelanggan kini menghantar peralatan elektronik mereka terutamanya lampu suluh LED untuk dibaiki, diservis atau diupgrade. Ramai kawan yang saya kenal akan mencari Dannie untuk segala keperluan lampu LED.

pakar lampu LED
Dannie memang pakar dalam hal lampu LED dan elektronik

 

peralatan lampu LED
Kabinet pamer Radiant Den penuh dengan lampu LED, charger, bateri dan banyak lagi

 

Kalau nak cari kedai pisau Ganzo di Malaysia, cuba Google Map ‘Radiant Den’. Lokasi baru memang tidak jauh dari lokasi lama (depan Tesco), bahkan jalan kaki pun sampai. Alamat seperti dibawah:

Radiant Den Store
H-1-20(1st Flr), Jalan PJU 1A/3,
Taipan 2, Ara Damansara,
Petaling Jaya, Selangor 47301,
Malaysia
(Tel: 6011 2771 3818)
https://www.radiantden.com/

lokasi Radiant Den
Lokasi baru Radiant Den tidak jauh dari tempat lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.