Kedai barang sukan Decathlon baru di USJ

Kedai barang sukan Decathlon
Cawangan terbaru Decathlon terletak di USJ, bersebelahan SUMMIT USJ dan bangunan Mydin

Decathlon merupakan sebuah kedai barang sukan baru di Malaysia dan kini cawangan keduanya telah dibuka di USJ. Cawangan baru ini terletak diantara bangunan Summit dan Da Men Mall. Hampir 2 jam dihabiskan membelek barangan di dalam gedung besar ini. Kini saya yakin, Decathlon adalah kedai barang sukan terulung di Malaysia.

Kedai Decathlon di USJ
Sudah begitu ramai pengunjung di awal pagi

Decathlon bukanlah setakat kedai barang sukan yang besar, malah ia juga menawarkan kepelbagaian barangan pada harga yang amat berpatutan. Tidak pernah saya lihat sebuah gedung barang sukan di Malaysia yang menawarkan begitu banyak kepelbagian barangan dengan kualiti yang memuaskan. Tambahan pulak, semua barangan yang dijual di Decathlon mempunyai jaminan waranti selama 2 tahun.

Kedai kasut outdoor Malaysia
Kiri kanan semuanya kasut untul pelbagai jenis aktiviti dan aplikasi. Semua baru (bukan macam setengah kedai jual kasut reject jeeer)

 

Bag Quechua Malaysia
Pelbagai jenis bag galas, besar dan kecil jenama Quechua

 

Apabila disebut pasal kedai barang sukan, kebanyakan akan terfikir pasal raket badminton, bola sepak, takraw dan mungkin peralatan ping pong. Di gedung Decathlon, jenis peralatan sukan yang ditawarkan mengjangkaui semua itu. Antara lain, kelengkapan sukan seperti rock climbing, memanah, memancing, berkhemah dan aktiviti air juga boleh dibeli disini. Saya menganggap gedung Decathlon ini sebagai ‘One stop sports center’ Malaysia

Kedai basikal besar Decathlon
Banyak pilihan basikal, bagi si kecial mahupun orang dewasa

 

Kedai alat memancing
Banyak pilihan untuk mereka yang gemar memancing. Semua ada!

 

Kedai barang perkhemahan Malaysia
Banyak pilihan khemah untuk aktiviti yang bersesuaian. Ada yang untuk riadah mudah dan ada yang untuk aktiviti lasak serius

Kemunculan gedung alat sukan besar seperti Decathlon memberi impak besar keatas industri sukan di Malaysia. Dahulu, kelengkapan sukan untuk aktiviti seperti sukan lasak, mountaineering dan ekuastarian memang mahal dan ini menghadkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti tersebut. Ketibaan Decathlon membuka ruang kepada orang ramai untuk mencuba aktiviti sukan baru pada harga yang mampu.

Sebagai seorang yang meminati sukan outdoor, saya amat menghargai Decathlon untuk keperluan peralatan perkhemahan dan juga pakaian. Kualiti yang ditawarkan sangat berpatutan dengan harga yang dibayar dan memadai untuk keperluan mereka yang baru hendak berjinak dengan aktiviti sukan baru.

Untuk kesemua keperluan sukan anda, saya syorkan gedung sukan Decathlon. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Decathlon.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.