Kedai jual pisau Mora di Malaysia

kedai pisau Mora di Malaysia
Kedai OGM di Shah Alam mempunyai banyak pilihan pisau Mora

Baru-baru ini, saya singgah kedai jual pisau Mora di Shah Alam. Kedai yang bukan asing lagi bagi peminat pisau di Malaysia iaitu OGM. Teringin saya membelek sendiri model baru pisau Mora. Pisau buatan Sweden ini walaupun murah (berbanding harga pisau lain) tetapi ia menang dari aspek kualiti dan praktikaliti.

pisau Mora di Shah Alam
Loh dari kedai OGM menerangkan ciri-ciri pisau Mora model baru

Hampir kesemua¬† model baru produk Mora boleh didapati di kedai OGM. Malah terdapat beberapa bilah pisau Mora model lama masih terdapat di kedai ini. Saudara Loh (dia juga seorang pengasah pisau profesional) memberikan peluang kepada saya untuk mencuba semua model pisau Mora yang ada di dalam kedai.¬† Antara model terbaru yang sudah lama saya inginkan ialah pisau Eldris. Pisau bersaiz kecil yang comel sesuai untuk kerja yang lebih halus. Ia juga sesuai sebagai pisau ‘spare’ ketika masuk hutan.

Pisau Mora Eldris
Pisau Mora model Eldris antara yang paling murah di pasaran. Original lah pulak tu

Sesiapa yang menggemari aktiviti luar seperti berkhemah, trekking, memancing ataupun memburu sepatutnya mempunyai sebilah pisau Mora. Terdapat pelbagai jenis model pisau yang dibuat khas untuk keperluan pengguna yang pelbagai. Pisau buatan Sweden ini tidaklah mahal sangat tetapi apa yang lebih penting ialah harganya memang berpatutan.

pisau Mora Garberg
Antara model terbaru pisau Mora- Garberg, sesuai untuk mereka yang gemari aktiviti lasak (sebagai pisau survival) dan kepada mereka yang inginkan pisau berspesifikasi tentera

Produk Mora bukanlah asing lagi dalam kalangan peminat ‘bushcraft’ di seluruh dunia. Malah pakar-pakar bushcraft seperti Mors KoChanski dan pakar survival Dave Canterbury turut mengakui kehebatan pisau ini. Namun, pisau Mora tidaklah terhad kepada peminat survival sahaja, mereka juga ada menawarkan pisau dengan aplikasi lain seperti penyembelihan dan tukang masak.

 

pisau mora dapur
Antara pisau dapur buatan Mora

 

Kalau anda mencari pisau yang berkualiti pada harga berpatutan, saya sangat rekomen pisau Mora dari Sweden ini. Sekilas pandang ia kelihatan seperti pisau murah (hulu plastik) tapia sebenarnya adalah pisau yang memang berkualiti. Bak kata pepatah…alah membeli menang memakai.

Untuk membeli, sila lawati laman Facebook OGM.