Fursan Blades- pandai besi tempatan bertaraf dunia

Faris dari Fursan Blades memberi tumpuan penuh mengasah bilah parang milik seorang pelanggan

Seperti yang ditulis si Mystrm sebelum ini, Fursan Blades adalah seorang pandai besi (tukang pisau) kelahiran ibu kota Kuala Lumpur yang kini menjadi ikutan ramai peminat pisau di Malaysia. Sejak pertemuan pertama beliau dengan Mystrm hampir 6 bulan yang lalu, Fursan Blades kini telah menganjak kemahiran beliau ke tahap yang lebih tinggi. Berikut pemerhatian Wak semasa bertemu beliau minggu lepas.

Pandai besi dan pemilik Fursan Blades, saudara En. Faris Zulkifli memang seorang yang ramah dan rendah diri.  Selesai Terawih di masjid, beliau bergegas ke bengkel beliau di Kampung Melayu Subang untuk bertemu Wak. Kami berbincang dan bertukar pendapat dengan mudah.

Berbanding pandai besi lain yang Wak kenali, saudara Faris memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf pengetahuan dan kapasiti pengeluaran Fursan Blades. Bengkel beliau dilengkapi peralatan moden berkualiti.

pandai besi
Pelaburan peralatan sahaja mencecah ribuan ringgit bagi memastikan hasil pembuatan yang berkualiti dan kemas

 

pandai besi Faris
Saudara Faris menerangkan cara guna pakai mesin yang dibina beliau menggunakan pelan yang diperoleh dari internet

Kesukaran memperoleh bahan dan mesin berkualiti dari sumber tempatan memaksa saudara Faris mencari jalan alternatif. Beliau mencerita bagaimana beliau mengluangkan masa melewati ekspo-ekspo industri yang diadakan diseluruh negara. Ekspo sedemikian menambah pengetahuan dan membuka peluang memperoleh peralatan yang diperlukan.

Faris pandai besi
‘Belt’ seramik untuk mengasah pisau. Pelbagai jenis ‘belt’ diguna Faris dan harga belt antara RM30 ke RM180 setiap satu

PIC: tali siramik mengasah pisau Malaysia
‘Belt’ seramik untuk mengasah pisau. Pelbagai jenis ‘belt’ diguna Faris dan harga belt antara RM30 ke RM180 setiap satu

Di Malaysia, besi ‘spring’ kenderaan memang popular dijadikan pisau. Saudara Faris akur bahawa besi ini memang ada kelebihannya tetapi beliau turut menerangkan dengan terperinci beberapa jenis besi lain yang diimport beliau untuk dijadikan pisau. Besi-besi ini diimport dari negara seperti Amerika Syarikat dan Austria khas bagi pembuatan pisau yang mempunyai aplikasi tertentu.

Faris tukang pisau Malaysia
Antara pisau yang sedang disiapkan saudara Faris

Sebagai seorang pandai besi, Faris tidak menghadkan kemampuan beliau kepada pembuat bilah pisau sahaja. Fursan Blades adalah ‘one stop center‘ bagi pembikinan pisau tempah khas. Ini bermakna, Fursan Blades menawarkan khidmat membuat pisau berdasarkan semua aspek termasuk jenis dan bentuk besi, sarung dan juga hulu yang diingini pelanggan.

sarung pisau kydex
Antara alat rekaan saudara Faris untuk pembuatan sarung pisau

 

Wak memang berbangga kerana kini ada anak tempatan Malaysia  yang mampu menonjolkan diri sebagai seorang pandai besi yang benar-benar serious. Kehebatan beliau sebagai pandai besi tersohor menyaksikan tempoh menunggu tempahan selama hampir 8 bulan! Dan ini baru tempahan pelanggan tempatan!

Sekiranya anda inginkan sebilah pisau tempahan khas yang bertaraf antarabangsa, kemas dan berkualiti, Wak mengsyorkan pandai besi Faris Zulkifli dari Fursan Blades . Pisau hasil pembuatan pasti tidak mengecewakan.

~ Wak ~