Mana nak beli wisel (whistle) untuk aktiviti hiking

sesat di cameron highland

Laporan Astro Awani bertarik 20 Feb 2017– wanita sesat di Gunung Irau lebih dari 40jam 

Anak saudara Wak mula bergiat dalam aktiviti hiking, maka Wak pun bertanya kawan mana nak beli wisel (orang putih cakap whistle) di Malaysia. Terbaca kes-kes orang sesat masa kegiatan hiking ala ‘outdoor’, Wak pun risau pasal anak saudara sorang ni. Ada kawan cakap beli je yang murah-murah, ada pulak yang cakap belilah yang bagus. Alah membeli, menang memakai prinsip Wak.

Wak bukanlah pakar survival. Masuk hutan pun seriau. Tapi dalam membaca dalam internet, ada banyak sumber mengatakan yang wisel, pisau dan pengetahuan ikhtiar hidup memang penting untuk memastikan seseorang itu dapat bertahan dalam hutan apabila kejadian malang seperti sesat berlaku. Mana nak beli wisel dan pisau mudah diselesaikan. Bab ilmu pengetahuan ikhtiar hidup itu kenalah belajar sendiri. Yang itu Wak tak dapat belikan.

mana nak beli wisel
Wisel kecemasan ‘Jetscream’ jenama UST. Warna terang, terapung pada 122 desibel! Boleh didapati di kedai OGM

 

Pegiat aktiviti luar disaran membawa wisel kecemasan pada badan mereka di setiap waktu. Ikatlah dengan tali ringan dan dipakai di pergelangan tangan atau digantung pada leher. Ini supaya dalam apa jua situasi yang dihadapi, wisel kecemasan ini berada pada diri sendiri dan boleh digunakan untuk menarik perhatian orang lain.

wisel wind storm bunyi sangat kuat
Model Wind Storm buatan USA ini begitu kuat/ tajam bunyi sampaikan ada amaran jangan diguna dalam kalangan kanak-kanak!

Wak tak pernah sesat dalam hutan dan Wak pun tak memintanya. Wak tak boleh bayangkan betapa susah dan perit pengalaman seperti yang dialami saudara Mohd Azarul Mukhriz Abd Raman apabila beliau hilang selama 6 hari di Bukit Broga. Lihat laporan akhbar The Star.

Wisel kecemasan tidak dapat memastikan yang anak saudara Wak tak hilang atau sesat dalam hutan. Tapi sekurang-kurangnya dia dapatlah menarik perhatian orang lain dengan meniup wisel sekiranya kejadian itu berlaku. Meniup wisel lebihlah mudah dari terpekik-pekik meminta tolong. Menjerit-jerit meletihkan, maka ramai pakar ikhtiar hidup mengsyorkan agar menggunakan wisel bagi menjimat tenaga.

wisel fox40 di Malaysia
Wisel Fox40 dari Cash Converter, murah sangat…risau pulak ni ori ke tidak

 

Bab cara nak guna wisel kecemasan…banyak pula pendapat. Ada yang kata tiup panjang selang 6 kali, 8 kali…4 kali pun ada. Tapi yang penting ialah kena selang tiupan untuk mendengar tindak balas orang lain. Ini bermaksud, kalau Wak tiup panjang 6 kali, lepas tu Wak kena berhenti 6-10 saat untuk dengar kalau ada orang yang berbalas wisel. Selepas mengdengar, Wak tiupkan wisel semula. Walaupun ada orang yang membalas dengan tiupan wisel, teruskan proses ini kerana ia membantu orang lain bergerak kearah bunyi dan bertemukan dengan kita.

Wisel kecemasan memang penting bagi semua yang gemar melakukan aktiviti luar seperti hiking, panjat bukit mahupun camping. Mana nak beli wisel bergantunglah pada saudara. Alat kecil dan ringan ini patut ada pada diri apabila berada di luar sana, Kepada anak saudara Wak, Wak hanya akan belikan yang terbaik.

 

Wak