Sarung pisau kydex oleh 362 Custom Kydex

sarung pisau kydex di Malaysia
Antara pisau-pisau yang disiapan sarung kydex oleh 362 Custom Kydex

Baru-baru ini, Wak sempat melawat workshop sarung pisau kydex yang dikedalikan oleh 362 Custom Kydex. Bagi Wak, Peter dari 362 Custom Kydex adalah antara tukang kydex terulung di Malaysia. Ketekunan serta komitmen beliau menghasilkan produk berasaskan kydex (sarung pistol, dompet kad, sarung pisau dll) membuatkan beliau terserlah berbanding pembuat lain. Disini, Wak kongsikan pengalaman Wak melihat Peter bekerja di workshop beliau.

Nota: Facebook 362 Custom Kydex

Sarung pisau kydex semakin popular di Malaysia. Terdapat banyak kelebihan menggunakan sarung diperbuat dari kydex. Antara lain, ia tidak reput, nipis & ringan (berbanding kayu), kalis air dan memberikan ‘retention’ yang baik. Retention yang baik bermakna pisau yang disarung tidak mudah terkeluar dari sarung (walaupun diterbalikkan) dan pada masa yang sama tidaklah terlalu sukar untuk dihunuskan.

membuat sarung pisau kydex di Malaysia
Proses menghasilkan ‘retention’ sarung pisau kydex dibuat dengan terancang dan teliti. Disini proses ‘buffing’ bagi melicinkan permukaan tepi kydex

 

Workshop pembuatan sarung pisau kydex Peter sebenarnya bukanlah terbuka untuk lawatan orang awam. Wak cuma bernasib baik kerana Wak bersama saudara MYSTRM ketika itu. Mereka berdua sahabat baik. Kebanyakan tempahan sarung pisau kydex Peter diterima melalui pos dari serata Malaysia. Bahkan, beberapa pembuat pisau tempatan juga ada menggunakan khidmat pembuatan sarung pisau kydex 362 Custom Kydex.

Kerja-kerja membuat sarung pisau kydex memerlukan ketilitian yang tinggi. Kydex, walaupun boleh diguna semula (proses panas, bentuk dan sejuk) adalah mahal kerana ianya diimport dari luar negara. Kesilapan dalam proses pembuatan seperti tebukan lubang untuk pemasangan ‘eyelet’ yang salah mengakibatkan kerosakan mutlak yang tidak boleh diselamatkan.

teliti membuat sarung pisau kydex
Proses membuat sarung pisau kydex memerlukan perancangan dan ketilitian yang tnggi bagi mengelakkan pembaziran

 

Pemasangan eyelet dilakukan dengan alat khas memastikan hasil yang konsisten dan kemas

 

Antara sarung pisau kydex yang disiapkan oleh Peter

 

Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik Wak, Peter banyak menerima tempahan kydex kerana dua faktor utama. Pertama, beliau mempunyai banyak pilihan warna dan komponen berkualiti untuk dipilih. Peter dapat memenuhi citarasa pelanggannya. Hasil pembuatannya cukup cantik dan ‘functional’.

Custom kydex Malaysia
Antara hasil kerja Peter di 362 Custom Kydex

 

Kedua, Peter menawarkan servis yang pantas dan mesra pelanggan. Wak diberitahu, pelanggan boleh meminta rekabentuk sarung sendiri dan sekiranya boleh dibuat, Peter akan memenuhi kehendak berkenaan. Dan yang lebih penting, pisau yang hendak disarungkan boleh diposkan kepada beliau dan beliau akan menyiapkannya dalam masa yang tersingkat (sehari ke beberapa hari sahaja).

Sekiranya anda ingin mengetahui secara lanjut khidmat pembuatan sarung pisau kydex oleh 362 Custom Kydex, anda boleh layari laman Facebook mereka di sini. Terdapat banyak gambar dan video yang dikongsi di laman Facebook berkenaan. Memang peergh!

WAK