GP-Kedai membaiki backpack di Selangor

Membaiki backpack Camelbak di Malaysia
Wak mencari mereka yang boleh membaiki backpack HAWG dengan betul

Sudah lama Wak mencari kedai membaiki backpack Camelbak Hawg yang ada sedikit rosak. Memanglah banyak kedai yang boleh repair bag tapi Garrison Packs (GP) yang disyorkan si Mystrm memang arif dalam kerja membaiki, modifikasi serta kerja-kerja tempah khas bag, terutamanya untuk activity lasak dan juga kegunaan ketenteraan.

Membaiki backpack bukan sahaja memerlukan mesin jahit yang betul tetapi juga aksesori seperti benang, buckle, fabrik serta jalur kain (webbing) yang betul. Kalau benang yang diguna tidak kuat dan tidak tahan reput, maka kerja membaiki itu sia-sia sahaja.

Komponen spesifikasi tentera dari Garrison Packs
Antara aksesori yang terdapat di Garrison Packs. Mereka berpusat di Puchong Kinrara tetapi workshop baru bakal dibuka di Ara Damansara

 

Zip YKK saiz 10 antara yang terbaik untuk menggantikan zip bag yang sudah rosak

 

Wak bernasib baik kerana dibenarkan melawat tempat kerja sementara GP. Sedikit sebanyak, Ben memberi penerangan tentang jenis-jenis komponen dan aksesori yang mereka gunakan. Hampir 90% komponen yang digunakan di import dari Amerika Syarikat dan dikategorikan sebagai spesifikasi tentera (mil-spec). Ben yakin sekiranya komponen yang beliau gunakan cukup kuat untuk kegunaan tentera, maka is cukup kuat untuk kegunaan rekreasi.

Kerja membaiki backpack merupakan kerja sampingan Garrison Packs. Fokus mereka yang sebenar ialah dalam pembuatan bag EDC dan backpack harian untuk pelanggan mereka. Setiap bag yang dibuat adalah unik dan dibuat berdasarkan rekaan dan keperluan setiap pelanggan. Banyak juga bag yang dibuat mempunyai inspirasi ketenteraan yang tahan lasak

Membaiki backpack oleh Garrison Packs
Setelah siap dibaiki

 

membaiki messenger bag Malaysia
Satu contoh beg messenger yang sudah dibaiki Garrison Packs

 

Wak memang berpuas hati dengan hasil kerja membaiki backpack oleh Garrison Packs. Yang paling penting, backpack Camelbak HAWG Wak dibaiki menggunakan komponen benang yang betul oleh orang yang memahami backpack. Kiranya saudara ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan khidmat membaiki backpack, sila hubungi terus Garrison Packs atau hantarkan mesej ke Facebook Garrison Packs.