Kedai lampu camping & Ganzo di Selangor

Pelbagai jenis lampu camping LED, bateri, pengecas, pisau dan aksesori berkualiti dijual di kedai Radiant Den

Minggu lepas Wak berkesempatan melawat kedai Radiant Den, pakar lampu camping, lampu suluh LED dan batteri di Ara Damansara, Selangor. Pasangan Dannie & Diane sudah lama berkecimpung dalam perniagaan lampu suluh LED, pengecas (charger) bateri, bateri kapasiti tinggi dan juga aksesori yang berkaitan. Ini lawatan Wak kali pertama ke kedai mereka.

Ini catatan Si Mystrm dalam bahasa orang puteh berhubung kedai Radiant Den. Sini giliran Wak pula. Wak sebenarnya ke kedai Radiant Den mencari satu lampu LED untuk dijadikan lampu camping buat anak saudara. Sudah sampai Wak di kedai, lain pula yang memikat hati Wak.

Dannie memberi demonstrasi cara guna set pengasah pisau jenama Ganso

 

Jenama Ganzo (China) baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produk baru yang telah manarik minat ramai penggemar pisau. Pisau-pisau yang dihasilkan mempunyai kekemasan dan keperincian yang setanding dengan jenama terkenal seperti Kershaw, Benchmade dan Spyderco. Cuma yang kurangnya mungkin dari segi besi pisau yang digunakan (kebanyakannya 440c). Ini membolehkan pisau-pisau Ganzo dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding jenama USA.

Antara pisau jenama Ganzo yang dijual di Radiant Den

 

Paling menarik ialah sistem mengasah pisau Ganzo. Sistemnya hampir seiras dengan sistem Edgepro (USA), mengingatkan Wak kepada set replika Edgepro milik  Mystrm. Dannie mempunyai beberapa bilah pisau untuk diasah dan beliau bermurah hati memberikan demonstrasi cara menggunakan sistem pengasah Ganzo.

Set pengasah pisau Ganzo boleh didapati di Radiant Den melalui laman webnya

 

Beberapa bilah pisau menunggu giliran diasah oleh Dannie

 

Tidaklah sukar sangat menggunakan pengasah pisau Ganzo. Yang penting kena pandai tangkap ‘darjah’ mata pisau. Ganzo ada menawarkan beberapa tahap kersik (grit) dari 120 hingga 1500 yang boleh memberikan pengsahan yang sangat licin. Lihat sini untuk jenis batu asah yang boleh digunakan bersama pengasah pisau Ganzo.

Antara stok batu asak Ganzo di Radiant Den. (Batu asah lapisan diamond dibelakang)

 

Memang asyik melihat Dannie mengasah pisau menggunakan pengasah pisau Ganzo. Dalam beberapa minit sahaja, beliau dapat menghasilkan ketajaman yang amat baik. Salah satu alat yang diasahnya adalh pisau pemotong kulit milik seorang tukang kasut.  Pisau itu sungguh tajam selepas diasah Dannie.

Pisau tukang kasut yang diasah Dannie kini boleh menghiris kertas dengan senang

 

Malalok Wak bercerita pasal Ganzo, Wak terlupa pasal cerita lampu camping LED yang dicari. Kalau bab lampu LED, Wak tak pernah dengar seorang penjual yang berilmu seperti Dannie. Penerangan produk, perbandingan dan khidmat nasihat yang diberi beliau sangat jelas dan jujur. Mana yang tidak sesuai dengan keperluan Wak, beliau terus bagi tau.

Wak yakin Glo Toob adalah lampu camping LED yang diperlukan selepas mendengar penjelasan Dannie

 

Memang berbaloi perli melawat kedai lampu camping dan produk Ganzo di Radiant Den. Wak membeli Glo Toob pada harga yang sangat sederhana dan yang lebih dasyat lagi, Wak dapat menilai sendiri produk Ganzo. Kiranya ingin melawat sendiri kedai Radiant Den, dapatkan maklumat kedai mereka di Radiant Den facebook atau layari laman web mereka di Radiant Den.