Kapak Gransfors Bruk dari Sweden

Kapak Hand Hatchet oh Gransfors Bruk Sweden
Kapak Hand Hatchet oh Gransfors Bruk Sweden

Ini dia kapak Gransfors Bruk dari Sweden. Sudah lama Wak ingin melihat dan menilai sendiri kapak pembuatan jenama terkemuka ini dan akhirnya tercapai juga hasrat ini. Kapak Hand Hatchet ini milik saudara Mystrm dan Wak berkesempatan membeleknya baru-baru ini.  Walaupun ianya satu kapak kecil, keperincian dan kualiti pembuatan kapak ini terselah dengan jelas.

Tak mungkin ada peminat kapak tradisional yang tidak kenal Gransfors Bruk dari Sweden
Tak mungkin ada peminat kapak tradisional yang tidak kenal Gransfors Bruk dari Sweden

 

Kapak Gransfors Bruks memang agak mahal. Tambah lagi, kena pulak nak import sebab setahu Wak tak ada kedai yang menjual kapak jenama ini di Malaysia. Mystrm sudah lama memiliki kapak ini dan beliau memang jarang mengaplikasikannya. Yang Wak paling kagum ialah dari segi kehalusan pembuatan kapak ini. Setiap kapak Gransfors Bruks yang dibuat mempunyai tanda pembuatnya. Ini menunjukkan tahap dedikasi dan kebanggaan yang tinggi oleh pembuat. Lihat sini untuk senarai nama pembuat kepala besi kapak di Gransfors Bruks.

Tanda 'MM', singkatan bagi si pembuat kapak iaitu Mattias Mattson
Tanda ‘MM’, singkatan bagi si pembuat kapak iaitu Mattias Mattson

 

Wak sangat kagum dengan dedikasi pada pembuatan kapak ini. Gransfors Bruks bukanlah sebuah kilang besi moden tetapi lebih kepada adaptasi pengetahuan moden kepada aplikasi tradisional yang berusia ratusan tahun. Sweden adalah sebuah negara yang memang terkenal dengan pembuatan pisau (seperti pisau Mora) dan kapak yang memang tak asing lagi dari kehidupan tradisional mereka.

Kapak paling molek Wak pernah jumpa
Kapak paling molek Wak pernah jumpa

 

Sukar untuk Wak lakarkan dengan jelas kehebatan kapak Gransfors Bruks ini. Ia antara kapak yang paling banyak menerima pujian tinggi dari komuniti Bushcraft serata dunia. Malahan, banyak video yang boleh didapati di Youtube yang menceritakan kehebatan kapak-kapak pembuatan Gransfors Bruks. Cuba lihat sini.

Kapak Gransfors Bruk memang diidamkan, mungkin satu hari kalau dimurahkan rezeki, memang Wak akan mendapatkannya. Kepada mereka yang meminati kapak dan seumpamanya, kapak Gransfors Bruk mesti dijadikan sasaran untuk koleksi.  Untuk membeli kapak Gransfors Bruk, sila lihat sini untuk senarai agen penjual sah.

 

~ WAK ~