Dompet Kydex berwajah Punisher oleh 362Custom Kydex

Dompet kydex 362 Custom Kydex praktikal, kukuh dan sesuai untuk kegunaan harian
Dompet kydex 362 Custom Kydex praktikal, kukuh dan sesuai untuk kegunaan harian

 

Baru-baru ni Wak berkenan sungguh dengan dompet Kydex hasil kerja 362 Custom Kydex. Tengah duk imbas muka-buku, Wak memang kagum dengan kreativiti dan hasil tangan saudara Peter dari 362 Custom Kydex. Dompet Kydex ini nampak memang simple tapi aplikasinya sungguh praktikal. Mari kita lihat.

Nampak saja kecik tapi boleh telan sampai 10 kad kredit atau lebih kurang 20 keping business card
Nampak saja kecik tapi boleh telan sampai 10 kad kredit atau lebih kurang 20 keping business card

 

Yang paling Wak suka pasal dompet tempahan khas ini ialah betapa padat dan kukuh pembuatannya. Padanlah, Kydex ialah sejenis plastik khas yang banyak diguna untuk membuat sarung pisau dan juga pistol. Nampak saja kecil tapi ianya boleh menelan 8 hingga 10 kad kredit atau lebih kurang 20 keping business card.

Dompet kydex berwajah Punisher idaman Wak
Dompet kydex berwajah Punisher idaman Wak

 

Gaya baru dengan dompet kydex dari 362 Custom Kydex
Gaya baru dengan dompet berwajah Punisher dari 362 Custom Kydex

 

Belakang dompet Kydex berwajah Punisher adalah klip saku yang juga boleh digunakan untuk mengepit wang kertas. Klip ini boleh diketat atau dilonggarkan dengan skru yang ada padanya. Wak suka guna dompet ini secara sembunyi di pinggang seluar sebelah dalam. Maklumlah banyak penyeluk saku sekarang ni. Sangat mudah untuk digunakan.

Semua komponen dompet kydex 362 Custom Kydex diimport dari USA
Semua komponen  diimport dari USA

 

Klip saku yang juga boleh digunakan sebagai klip wang kertas
Klip saku yang juga boleh digunakan sebagai klip wang kertas

 

Apa lagi kelebihan dompet Kydex berbanding dompet-dompet lain? Ini sebahagian dari pemerhatian Wak:

  • Dompet Kydex tak takut basah. Tak kiralah, hujan ataupun tertinggal dalam mesign basuh, Kydex kalis air dan mudah kering. Kalau kena dompet kulit atau nylon, dah jenuh berjemur sehari dua nak tunggu kering
  • Senang nak guna…kalau dah biasa guna, sebelah tangan pun dah boleh nak capai kad-kad dalam dompet tu
  • Sebab kydex kukuh dan kuat, kad-kad kredit tak mungkin bengkok atau patah. Walaupun kydex sejenis plastik, ia boleh jatuh ataupun dipijak tanpa sebarang kerosakan. Malah, dompet ┬áPeter pernah digelek kereta sebanyak 3 kali tanpa sebarang kerosakan (cuma calar!) Lihat video beliau di bawah:

Wak memang berpuas hati dengan dompet Kydex berwajah Punisher buatan 362 Custom Kydex Malaysia ini. Kepada mereka yang belum mengenali Kydex, ini peluang anda untuk bersua kenal dengannya. Sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi terus dengan saudara Peter di 362 Custom Kydex.