Kelengkapan taktikal Helikon-Tex di Malaysia

Kedai Legion Products di Menara TKSS, Segambut membawa barangan ori jenama Helikon_Tex dan banyak lagi
Kedai Legion Products di Menara TKSS, Segambut membawa barangan ori jenama Helikon_Tex dan banyak lagi

Memang ramai peminat kelengkapan taktikal di Malaysia tetapi cabaran paling sukar ialah mendapatkan yang bermutu dan original. Walaupun Wak dah berumur, Wak masih lagi cenderung mengikuti perkembangan kelengkapan taktikal di dalam dan luar negara. Baru-baru ini, sahabat telah memperkenalkan jenama (baru bagi Wak) Helikon-Tex dari Poland. Wak sempat bertemu saudara Stanlley Tai dari Legion Products baru-baru ini untul melihat sendiri barangan yang dibawanya.

Di Malaysia, berlambak-lambak barang kelengkapan taktikal tiruan dan bermutu rendah. Memang murah tapi kalau barang tak tahan lasak, apa gunanya. Kalau ke laman rasmi Helikon-Tex, memang ada tertara syarikat saudara Stanlley Tai sebagai wakil sah jenama ini di Malaysia. Bagi Wak, ini memang penting kerana ia membawa kredibiliti kepada wakil penjual dan juga pembeli.

Antara barangan original Helikon-Tex di kedai Legion Products
Antara barangan original Helikon-Tex di kedai Legion Products

Saudara Stanlley Tai bukan sahaja seorang peminat kelengkapan tentera malah beliau juga seorang yang aktif di lapangan menembak dan ‘rope access’. Tidak hairanlah kedai beliau turut dilengkapi dengan barangan seperti sarung pistol (holster), cermin mata serta abah-abah (harness) taktikal dan banyak lagi.

Banyak peralatan berkait dengan aktiviti menembak juga boleh didapati ke deai Legion Products
Banyak peralatan berkait dengan aktiviti menembak juga boleh didapati ke deai Legion Products
Terdapat juga kelengkapan 'rope access' di Legion Products
Terdapat juga kelengkapan ‘rope access’ di Legion Products

Memang seronok dan mudah untuk Wak berbicara dengan saudara Stanlley Tai mengenai industri taktikal. Penglibatan beliau dalam aktiviti menembak dan ‘rope access’ jelas memberikan beliau kelebihan sebagai seorang penjual kelengkapan taktikal berbanding seorang staff luar yang digajikan. Setelah hampir 3 jam bersama saudara Stanlley Tai, Wak terpaksa meminta diri untuk menghadiri satu lagi temujanji.
Hasil shopping kali ini?

Untuk maklumat lanjut mengenai kelengkapan taktikal Helikon-Tex, sila hubungi saudara Stanlley Tai di laman Legion Products Facebook.