Kedai pisau OGM bertapak di Shah Alam

Sesi rakaman video siri Praktikal Survivor terbitan mStar
Sesi rakaman video siri Praktikal Survivor terbitan mStar

Wak baru-baru ini berpeluang meninjau premis baru kedai pisau OGM di Shah Alam. Kedai OGM memang terkenal di Malaysia kerana mereka satu-satunya syarikat tempatan yang membawa produk berjenama dan bermutu tinggi seperti Esee, Bark River Knives, Vertx, Mystery Ranch, Sawyer, MilSpec Monkey, Tactical Tailor, Hennessy Hammocks (dan banyak lagi). Setiap kali Wak turun ke Lembah Kelang, pastinya Wak singgah sebentar melawat kedai OGM. Kebetulan pulak dalam masa Wak membelek-belek barangan, satu sesi rakaman video sedang berlangsung di dalam kedai OGM. Kedai pisau OGM baru beralamat di:

B2-5-1, Kompleks Space U8,
No.6 Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutong,
Seksyen U8, 40150 Shah Alam,
Selangor
Tel: +60 3-5033 0833
Facebook: Outdoor Gear Malaysia

Memang betul apa yang diluahkan saudara MYSTRM dalam post beliau berhubung OGM yang berpindah dari lokasi SS15 Subang Jaya ke lokasi baru di Shah Alam. Lokasi dahulu di SS15 memang kecial dan sempit. Tempat baru di Shah Alam bukan sahaja luas dan lapang malah juga mempunyai kawasan meletak kenderaan yang luas. Lebih baik meluang masa di dalam kedai dari membuang masa mencari tempat letak kereta.

Premis baru OGM di Shah Alam luas dan selesa
Premis baru OGM di Shah Alam luas dan selesa

Kalau nak cari pisau survival terbaik seperti pisau Esee Laser Strike, kedai pisau OGM lah tempatnya. Kalau tak dapat datanmg sendiri nak belek dan beli, boleh order melalui telefon ataupun internet. OGM aktif dalam Facebook dan mereka memang cepat membalas email yang diterima. Wak sendiri sudah banyak membeli dari mereka dan memang setakat ini memang berpuas hati.

Dapat juga Wak bersembang dengan saudara Loh dan Zul yang memang pakar dalam hal produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di OGM. Memang seronok dapat berbual dengan mereka berdua ini. Saudara Zul, selain membantu menjalankan operasi harian kedai, beliau juga adalah pakar pembuat sarung pisau Kydex OGM.

Sarung pisau Kydex OGM
Sarung pisau Kydex OGM
Saudara Loh yang sentiasa sibuk melayan pelanggan
Saudara Loh yang sentiasa sibuk melayan pelanggan

Sekiaranya kalian mencari barangan adventure seperti pisau survival, hammock, beg lasak taktikal, dapur mudah alih, ‘morale patches’, Wak pasti saudara akan berpuas hati dengan produk yang ada di kedai OGM. Apatah lagi dengan suasana premis baru yang luas dan selesa, lebih banyak peralatan adventure yang boleh dibelek dan di cuba.