Fursan Blades; Pandai besi Malaysia bertaraf antarabangsa

Salah satu hasil tukang saudara Faris Zulkifli
Salah satu hasil tukang saudara Faris Zulkifli

Sudah lama Wak mengikuti hasil kerja saudara Faris (Fursan Blades), seorang anak muda pandai besi yang beroperasi di Subang Jaya, Malaysia. Memang banyak pisau buatan tempatan yang telah Wak miliki tapi hasil kerja saudara Faris mengjangkaui semua yang pernah Wak teliti. Pada pendapat peribadi Wak, Fursan Blades adalah pandai besi Malaysia pertama yang setanding dengan pembuat pisau antarabangsa.

Wak memang sangat berpuas hati dengan mutu pisau yang dibuatnya
Wak memang sangat berpuas hati dengan mutu pisau yang dibuatnya

Alangkah sayangnya Wak berjauhan dari Subang Jaya. Ingin Wak sendiri pergi berjumpa saudara Faris dan mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaannya mencapai tahap pembuatan pisau yang begitu tinggi. Dalam pemerhatian Wak, beliau menitik beratkan pembuatan yang berkualiti menggunakan teknik dan pengetahuan logam moden. Bahan-bahan logam, hulu dan juga sarung pisau yang ditawarkan setanding dengan bahan-bahan yang digunakan oleh jenama pisau antara bangsa seperti Bark River Knives, Buck dan juga Esee.

Saudara Faris antara pandai besi pertama yang Wak kenal menggunkan besi Elmax dalam pembuatan pisau di Malaysia
Saudara Faris antara pandai besi Malaysia pertama yang Wak kenal menggunakan besi Elmax dalam pembuatan pisau

Saudara Faris menerima tempahan pisau berdasarkan citarasa pelanggan. Kali terakhir Wak berbincang dengan beliau, beliau sudah mempunya tempahan yang ramai untuk disiapkan. Tidak hairan bagi Wak kerana hasil kerja beliau Wak kategorikan sebagai ‘luar biasa’. Kalau ditempah, kenalah bersabar dan tunggu.

Cuba kunjungi dan 'Like' Fursan Blades dalam Facebook
Kunjungi dan ‘Like’ Fursan Blades dalam Facebook

Kiranya ingin menempah pisau, silalah berhubung terus dengan saudara Zulkifli dari Fursan Blades menerusi laman Faceboo beliau. Wak rasa tidak akan ada kekesalan menempa pisau dengan pandai besi Fursan Blades.